Monday, October 20, 2008

it's all about politics......

Muhyiddin sedia beri penjelasan kepada Abdullah


KOTA KINABALU: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedia memberi penjelasan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kenyataannya yang mempunyai kaitan dengan pemilihan Umno, Mac, depan.

“Ya, saya sedia memberi penjelasan dan tiada masalah berbuat demikian jika itu yang Perdana Menteri mahukan. Saya sentiasa profesional dalam tugas (sebagai Menteri). Saya buat kerja macam biasa, tiada masalah.

“Saya laksanakan apa yang patut sebagai menteri dan saya hadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, termasuk mesyuarat mingguan Kabinet. Semuanya berjalan macam biasa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kelab Penyokong Kerajaan Sabah di Magellan Sutera, di sini, semalam.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilapor membuat kenyataan berhubung tempoh kempen pemilihan parti yang disifatkannya sebagai panjang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan komennya hanya menyentuh soal jangka masa kempen dan tidak pernah mencadangkan supaya pemilihan parti dipercepatkan.

Diminta mengulas kritikan Perdana Menteri terhadapnya kelmarin, Muhyiddin enggan memberi komen.

“Saya tak nak perkara itu dan saya dinasihatkan supaya bersabar, maka tidak wajarlah saya beri ulasan yang boleh disalah tafsirkan.

"Rasanya elok setakat saya memaklumi (acknowlegde) kenyataan itu walaupun semalam saya sudah buat penjelasan," katanya.

Kelmarin, Abdullah antara lain melahirkan kekecewaannya terhadap Naib Presiden Umno itu yang dianggap tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dengan penggantinya, Datuk Seri Najib Razak, Mac depan.

Muhyiddin tidak menolak kemungkinan kenyataannya itu tidak difahami banyak pihak, malah Najib sendiri turut bertanya mengenainya tiga hari lalu.

“Beliau baca mengenai apa yang saya kata menerusi akhbar dan beliau tanya. Saya kata orang tanya saya tempoh kempen empat bulan adakah terlalu panjang dan saya kata sudah tentu ia panjang, itu saja,” katanya.

Image Hosted by ImageShack.us
taken mase hari raya... mana aku?? tu yg bj putih.. sekerat je... huwaaaaaaaaaa~!!!

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN is actually my mom's brother.... to my uncle.. good luck... tp skrg cm dia slalu lak buat hal... aku rasa dia mmg ada x sekepala ngan PM... ahakss...

3 budak itam komen:

i.am.belle. said...

eh sya.. u ada cousin nama Oyyin ke..

i.am.belle. said...

ops... sha... tertekan y lak..
huhuhu

~natasha~ said...

xpasti lak.... cousin i ramai la.. ade yg i x kenal... bcoz datuk i kawen 4.... ahakss...