Friday, August 28, 2009

kenali lelaki dan wanita

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Wednesday, August 26, 2009

pertarungan mama papa

Cian si Apit jadi mangsa keadaan diam salah jawab pun salah.

Di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.

Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si Mama. “Sayang, abang nak lagi, Yang”. Pelawa si Papa disertai nafas ghairah.

“Ya bang… tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?” Jawab si Mama penuh kerinduan.

Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak. “Pit… dah tidur kau pit?.”

“belum Papa… tengah baca buku.”

“Sudah… esok saja, dah malam, tidur!!!!” Perintah siPapa debfab tegas.

Kira kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi. “Pit…. dah tidur kau Pit?

“Belum….” Si Papa mengemaskan ikatan kain pelikat lalu keluar memarahi dan memukul si Apit.

“Disuruh tidur….tidurlah!!!” sehingga kening si Apit benjol.

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit “Malam nanti, kalau ditanya lagi, kamu diam saja ya?”

“Ya, cikgu,” jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya. “Sayang, apa kata kita ke syurga lagi.”

“Ya bang, tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum.”

“Pit…..dah tidur kau Pit?.

Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.

“Apit, dah tidur kau Pit?” ulang Papanya.

Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita. Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya.

Terjadilah ‘pertarungan’ antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit.

Tak lama kemudian Apit terdengar suara Papanya..

“Yang…abang nak keluar ni”, termengah² “Ya Bang .. kita keluar sama-sama”, dia dengar suara Mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati; “Apit nak ikutt.. Apit nak ikuuttt”

Esoknya….Apit BENJOL lagi …….

Ciannye… ciannye… ciannnnn Apit tu

50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI

Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

Para isteri pun boleh baca

Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?

Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

KHASIAT SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan, iaitu:
1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi diza limi.
Perkara yg baik kita amalkan selalu.
Wallahu a’lam

MAKNA EJAAN NAMA

Cuba eja nama anda. Kemudian lihat siapa anda jika mengikut firasat di bawah ini:

A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B – anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C – anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D – anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E – anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).
F – semua orang menyayangi anda.
G – anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H – anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
J – anda seorang yang cemburu.
K – anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L – anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
N – anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O – anda seorang yang berfikiran terbuka.
P – anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q – anda seorang hipokrit.
R – anda seorang yang gemar social.
S – anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).
T – anda ada sikap canggih, amat canggih.
U – anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
V – fizikal anda baik sekali.
W – anda suka menyendiri.
X – anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.
Y – anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z – anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Tak semestinya betul, harus salah. Sekadar suka-suka dan mungkin panduan untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Ikut pemerhatian saya selalunya ada kena mengena dan betul. Jika betul itu kebetulan, jika salah itu juga kebetulan. Yang betul dan baik rangsang terus, yang salah dan tak baik gantikan dengan yang baik atau hapus terus.
- Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj -

Contoh:-
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.

Tuesday, August 25, 2009

miss him

uwaaa... tah nape.. tp aku rindu bf aku arini... giler punye rindu.... b....

Monday, August 24, 2009

interview kastam

ari khamis aritu... aku ada interview utk PENGUASA KASTAM W41... yg diadakan kt Wisma Kastam Melaka...

horror gak bg aku.. sbb aku xbrape nk prepare.... aku pon x tau nape... cm susah sgt aku nk igt ape bende yg aku bace... ahakssss... mungkin sbb aku dibayangi oleh ape yg aku bace dr website... mengenai ujian fizikal and pancaindera.... sbb kalo x lepas ujian fizikal and pancaindera... x leh interview... ahaksss... rupanya utk penguasa.... xpayah ujian fizikal......

time tu kelam kabut aku hafal ape yg boleh.... tiba turn aku.... dia byk tye ttg kerja² lama... tmasuk time aku kerja kt celcom... adess... bkn nye lama aku kje sane... tye aku ttg kualiti... ttg customer service... ermmmm berpeluh gak laaa aku nk menjawab.....

aku paling x suka di interview oleh perempuan.. sbb aku rasa cm diorg ni nk membunuh je.... kalo lelaki senang ske kawtim... uwaaaa benci aku.... ade org² yg awal kena interview.. smp sejam dia kt lam bilik tu.. perghhhh kalo x dpt.. xtau laaa....

errmmm adekah aku confident??? ntah... aku xpasti... hopefully ade laaa miracle happen...

Sunday, August 23, 2009

stacy-pakai buang

PAKAI BUANG-STACY
(click to download)

Kenapa bah kau berubah…kenapa bah (2x)

Hello…kenapa kau tak jawab telefon
Dah berlepuh jari menekan nombor sama
Lepas berkali kali ku cuba

Ku sangka kau betul…betul jatuh cinta
Bodoh sungguh untuk terus percaya
Habis madu sepah dibuang sahaja

Ref:

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Biar lah lebih dari sehari
Apakah kau sangka ku cinta segera
Sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Tidak mungkin hanya sementara
Apakah kau sangka ku cinta segera
Bayangkan la apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah…kenapa bah (2x)

Baru saja kenal
Kau muncul semula
Mengatakan kau sudah berubah
Pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut
Hampir hampir ku mengalah
Untuk memberi kita peluang kedua
Tapi kini ku lebih arif
Untuk percaya janji lelaki… yeaah..yeaahh

Ref:

Kenapa bah kau berubah…kenapa bah.. (4x)

Jangan… jangan…
Jangan permainkan

Saturday, August 22, 2009

PEMAIN CINTA-ADA BAND

PEMAIN CINTA-ADA BAND
(CLICK TITLE TO DOWNLOAD)

Tak habis pikir ku jadinya
Kau bisa membuatku cinta padamu
Meskipun tlah berulang kali
Kau begitu asyik mendua
Sudah cukup saja, sikapi kegilaanmu
Sebelum sukmaku, kau cabik dan perih

Reff:
Wahai dirimu pemain cinta
Penikmat nafsu dunia
Walau dirimu begitu indah
Maaf kau tak pantas bagiku
Direlung kalbu yang terdalam
Getaran asmara masih tersisa
Memang dalam bermain cinta
Kadang kau terlihat sempurna
Eloknya parasmu rabunkan mata batinku
Ku harus berpaling meski kau memohon

Bridge:
Apa yang kau dambakan
Dalam duniamu yang sungguh palsu
Terpikirkah olehmu
Untuk dapatkan cinta yang sejati

Friday, August 21, 2009

aku sentap

smlm... b tunjuk² pic kt hp dia.. aku pon tgk laa.... pastu aku tye... mane pic aku kt lam fon dia??? sbb sblm ni ade pic aku... ni skrg.. xde plak.... kecik ati aku... sbb dlm fon dia.. ada byk pic pempuan... tp pic aku ada sekeping je dgn dia.. tu pon mungkin dia lupa nk delete.....

so aku pon tye kt dia... nape pic aku xde.. sdgkan pic org len byk... and yg xde kena mengena pon ada.... sentap giler aku bila dia kata... tu hp b... hak b laaa nk letak pic ape.... ermmm salah ke aku tye cm tu... mungkin dia segan ada awek cm aku... xpe laaa.... mungkin dia takut kantoi dgn sape².... so aku sejuk kan ati aku sendiri... malas aku nk gaduh panjang².. buang masa....

skrg aku dah dpt jawapan... even kapel pon.... blm tentu kite akan jadi yg terpenting.... org lain lebih penting dlm idup dia... aku redha je laa... mmg aku skt ati... mmg aku sentap... mmg aku kecik ati... tp apa daya aku... semua tu di luar hak aku.... boleh aje aku marah... tp nnt kena marah lik... xmau aku....

so skrg aku nk blaja byk menerima je... aku kena byk pasrah.... aku xkisah cm ne dia nk wat... apa cara dia layan aku.. even buruk... aku xkan balas dgn buruk.... so after this kalo boleh aku nk haramkan diri aku dr pegang fon dia...

aku pon skrg just pakai fon skrin kuning tu jek... yg leh simpan... msg jek... ahaksss..... mane mampu nk simpan pic ke ape ke.... hahaha... xpe laa.... janji xguna barang org.... da tu je aku mampu wat ms ni....

perlu ke aku sentap uols??? x perlu kot.... bkn hak aku...... aku confuse...

salam ramadhan


di kesempatan ni aku nk ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada seluruh umat islam... semoga ibadah kite di berkati... dan dirahmati oleh Allah....

so... pade uols... aku personally nk mtk maaf... if ade tersalah kata... terguris perasaan.... aku insan biasa yg sering khilaf....

so same² laaa kite berpuasa yekk... ahaksss.....

Wednesday, August 19, 2009

youthsays



korg penah dgr youthsays..?? aku pon dpt tau dr a friend..... ermmm just sign up... take a time to do some surveys.. then korg leh dpt duit.. tp bukan senang² la.... doesn't mean just jwb 1 survey uol leh dpt beratus²... kena laa padan dgn survey nye.. setiap survey ade nilai tersendiri...

utk cash out kan duit.. kena minimum terkumpul RM50.... nice kan... so click laaa kt banner tu utk join.. xsusah.... and aku x tipu........

no title

smlm aku berborak dgn ex aku.... mus... sblm ni.. aku xtau kenapa dia mengelak dr aku... sdgkan last kitorg jumpa nothing bad happen....

so kitorg try to make things clear... borak laa... aku tye dia kenapa dia x jwb call aku... ermm dia bg alasan kalo dia ada dgn awek dia xkan dia nk jwb.... dia ckp dia da nk kawen.. so xnk laaa awek dia pk aku ngan dia ade hubungan... pastu dia kate.. aku kan tau dia cm ne....

aku ckp... bgtau je kt awek ko... aku contact ko bkn sbb aku nk kt ko... aku da xde ati dah kt dia.... just niat aku nk berborak... tu je... aku ckp.. even kami dah clash.. but we still can be friend... btl x??? doesn't mean aku nk kapel ke rindu ke ape ke....

penah dgr lagu aliya... X MUNGKIN KERNA SAYANGAlign Center.... ermmm that's the perfect song for this situation...

kami borak pon bkn menjurus pade flirt things and all that.... just sbg kawan... tya cm ne life skrg.... aku ckp kt dia... aku xnk laaa musuh² ni.... pastu aku kate kt dia... bf aku smp ckp kt aku... org tu xnk jwb call... msg... aku je terhegeh² nk msg/call... dia gelak kan aku?? cehhh!!! aku cal just nk kongsi pendapat.. and borak².. xde maknanye ada perasaan.. sme tu aku dah buang... lg pon aku dah ade pasangan baru... so dia pon dah ada pasangan br.. sama² x rugi.. btl x... so apa guna bermusuh... semua tu bullshit...

setakat ni aku masih bhubung baik dgn semua ex aku.. kecuali sorg 2 je.. sorg tu.. sbb aku marah kt dia sgt².. dia buat idup aku merana... then lg sorg... tu.. xtau mana menghilang.. idup ke mati aku x tau.. dia abg yg sgt baik...

bila aku bsedia utk terima org baru lam idup aku... that's mean itulah pengakhiran perasaan cinta aku pada ex² aku... huhuhuhu

utk korg yg benci pada ex korg... jgn marah aku ye.. bg aku x guna bazirkan space kt ati kite ni dgn perasaan benci... dendam.. better penuhkan dgn kasih sayang... btl x??? ahakssssss

Tuesday, August 18, 2009

bukan superman-the lucky laki

bukan superman
(click title to download)

Aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki2 tak boleh nangis
Harus selalu kuat
harus selalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta buat aku menangis

Reff: Aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh airmataku
Kata ayah s’lalu
Airmata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata airmataku
Ternyata jatuh juga . . . . .

(kembali ke Reff)

Ayahku tersayang
Maafkanlah aku
Jika aku masih menangis

Masih belum bisa
Menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji
tuk tidak lagi
Menangis karna cinta

Monday, August 17, 2009

zie avi-kantoi

ZIE AVI-KANTOI (CLICK TO DOWNLOAD)

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy...

PETUA


aku jumpa tips ni.. dlm 1 blog.. so aku just copy pasta... ahaksss... utk renungan... aku... korg..... dan si dia


63 tips petua bahagia

daripada: dr Datuk Fadzilah Kamsah

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan. (ni aku sedar... aku slalu over..)
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.(ni aku x sanggup)
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan. (yes! if kite nk org berubah.. kite kena tunjukkn contoh)
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur. (aku slalu nk cm ni... tp kdg² sesetengah hal... xleh nk selesai b4 tido)
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga. (sokong!)
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

kt dunia ni.. xde manusia yg perfect.... lebih² lg aku... menghampiri perfect pon aku x mampu...
MAAF BUAT SEMUA.....

atashinchi no dashi



dis weekend aku just memerap kt lam bilik aku.... aku pjm kawan aku hardisk dia yg penuh dgn muvi.. so aku layan sorg² for 2 days..... salah satu nyee... 1 drama jepu ATASHINCHI NO DASHI....


lama aku x layan cite jepun... korea ni.... means drama laa...... so cm excited gak laa.. dlu time aku blaja ske gak tengok cite jepun... konon nyeee nk test my language skill (aku amik bhs jepun time kt U dlu)

ermmm cite ni mmg syok... best²... aku ske..

sinopsis dia aku copy dr 1 blog.. ahakss.. malas nk cite sendiri.. same je kannn..

Atashinchi no Dashi mengisahkan seorg remaja perempuan bernama Mineta Chisato (Horikita Maki)....yg terpaksa menannggung hutang yg ditinggalkan oleh bapanya setelah lari dr rumah...
saban hari Chisato dikejar oleh pengutip hutang sehinggalah satu hari seorg jutawan telah membayar smua hutang Chisato...

Okura Shinzo, jutawan yg membayar hutang Chisato menyuruhnya berkahwin kerana beliau dijangka hidup hanya sebulan....selepas kematian Shinzo, Chisato hendaklah memenuhi smua syarat2 yg dikenakan oleh Shinzo utk melunaskan hutangnya atau dia harus membayar balik wang tersbut...

Salah satu syarat tersebut ialah menjadi ibu kepada 6 org anak angkat Shinzo.....disinilah bermulanya cabaran dan dugaan yg dihadapi oleh Chisato....6 org anak tersebut adalah Okura Fuu (Kaname Jun), Okura Takeru (Okada Yashinori), Okura Sho (Mukai Osamu), Okura Masaru (Yamamoto Yusuke), Okura Satoru (Seto Koji) dan Okura Akira (Okayama Tomoki)...


cite ni best sbb cite dia best laa... wakakaaka... and yg paling best.. sbb pelakon dia ensem².. of course laaa aku ade fav aku sendiri... iaitu anak angkt yg ke tiga.... OHKURA SHO.... sho ni cute... and aku rase paling sweet dlm cite ni... and dia ada anak... kewl laaaaa....

cute kan??????

Monday, August 10, 2009

aliens in the attic


hari ahad.. aku kuar lg ngan bf aku... ahakss... dia bg aku second gift... hehehe... best nye dpt 2 hadiah.... TQ b.... and also birthday celebration aku n dia also 1 hadiah... so 3 laa hadiah... best²...

kitorg kuar pukul 2 gitu... then plan nk tgk wayang.. 2 days in a row... sib bek x marathon... ahakss... tgk cite ALIENS IN THE ATTIC.. cite ni lom launch lg kt wayang... kira cm tayangan premier laaa.. btl ke aku eja??? so dia nyer tayangan just ade kul 5.10.... so beli gak... pastu gigih p MAHKOTA PARADE.... tgk PC FAIR.. adesss sesak giler.. sbb kawasan kecik org bersesak²...

cite ni ok laaa... lucu..... sesuai di tonton seisi keluarga.... mengenai alien yg dtg ke bumi utk menakluki bumi.... then landing atas bumbung 1 umah yg di sewa oleh family Stu... diorg dtg utk family vacation... rupanya kt bwh umah tu alien² tersebut penah tanam 1 alat... yg mana leh buat diorg jd big monster since alien tu cenonet jek semua.. ahaksss.... nk menakluk bumi katenya.. kalo kecik sape laa yg takut....

then alien ni ade 1 alat yg kalo dipasang pd manusia... diorg leh kawal manusia tersebut.. dengan syarat org tu dah dewasa... kt budak2 xleh... so misi budak² adalah utk menyelamatkan bumi.. sbb alien tu mmg xleh ape² kan diorg... ahaksss....

muay thai


for the first time aku dpt tgk muay thai live... ermmm interesting giler... esp tgk ngan bf sendiri.. ahakss.... sori x dpt masuk kan pic sebenar... camera xde... then hp lak yg biase² jek.... tp bf aku ade amik..nnt ade ms aku update k~!!

aku ske tgk tarian langkah sembah yg diorg kena perform b4 match.... something new kan... mmg interesting... dah laaa 1st time wat pertandingan muay thai kt melaka.... sbb muay thai kan femes kt negeri2 yg sempadan dgn thailand.. cm kedah.. kelantan... and most of peserta tu.. org kedah n kelantan...

tiket harga RM12... hahha tempat duduk... atas rumput jek... ahaksss.... enjoy aku tgk... ramai giler mat2 kelantan duk tgk.... mmg makanan diorg kannnn... kite ni yg jakun.... kalo bf aku x bwk sure aku xtgk gak.....

tp yg x syok nyerrr pantang cedera sket... kuar darah sket.. dah kena hentikan perlawanan... x brape adventure laa... cm tgk lam tv tu....

ni merupakan salah 1 'hadiah' yg bf aku berikan sempena birthday aku.... 2 hari dia spend time dgn aku... birthday yg sgt indah.... thanks b...

G I Joe


ari sabtu.... aku and bf aku p celebrate bday aku...... kt melaka.... memula p tgk wayang.. cite G I Joe.... perghhh thumbs up utk cite ni... mmg best.... dr awal smp akhir penuh dgn action....

berkisarkan ttg nk memindahkan warhead nanomites dr sebuah syarikat M.A.R.S ke NATO.... so otw nk deliver mende tu... askar² yg ditugaskan tu telah di serang oleh 1 kumpulan yg gunakan peralatan canggih... smp diorg xleh kesan kehadiran kumpulan tersebut.. pastu ade lak 1 elite military service dtg utk selamatkan askar tu... G I JOE... 2 org je askar yg terselamat... so diorg berhasrat nk join team tu... perghhh mmg best arrr... kan best askar² kt msia cm tu.. canggih sket... ahakss...

nanomites ni gunanya utk perang laa.... NATO telah membiayai MARS utk wat penyelidikan.... aku cm dah dpt predict sape yg jahat cm cite tu... ahakss... bf aku kate aku tau je... wakakakaka... bkn br sekali dua tgk filem...

hero lam cite ni... duke.. askar yg bertanggungjawab amik warhead nanomites tu dr MARS and bw pade NATO... tp bila dah kena serang tu... tugas tu diserahkan pade GI JOE..... so duke ni xpuas ati sbb dia rasa dia bertanggungjwb... ahakss.. so dia nk join GI JOE.... dgn kawan dia ripcord... yg mmg kelakar... ahaksss

then duke ni punye musuh... adalah bekas awek dia sendiri.. ermmm mmg konflik laa.... cian kt diorg.... so aku xnk cite lelebih... kalo korg nk tau... korg tgk laaa sendiri.... puas ati punye... 2 jam lbh... tp x bosan langsung... ye ke 2 jam lbh?? mebi kot.... waakkkakakaaka

yg penting berasa di sisi yg tersayang... lg semangat tgk movie...

Saturday, August 8, 2009

happy birthday to me~!!

ermmm special entry for myself...
YOU'RE 25 YEARS OLD today....
dah tua....
so please jadi matang... ahaksss
kawan² sme dah kawen.. da beranak pinak... ko biler lg...
so... to myself...
selamat hari lahir yg ke 25...
semoga pjg umur n murah rezeki...
also hopefully segala impian jd kenyataan.....

Friday, August 7, 2009

nisfu syaaban

hehehe... ni cite aku ngan bf aku... aritu konon² dok cite ttg nisfu syaaban... then kelebihan berpuasa sunat time nisfu syaaban.... tetibe bf aku ckp... b nk pose esok... tlg kejut b kul 5 pg.. nk sahur.. aku pon confirm kn smula... btl ke nk pose?? dia kate... btl laaa.... aku pon kate alhamdulillah....

ermmm dengan gigih nye aku kunci alarm kul 5 pg... siap tdo pegang fon lg... ye arr tkt x sedar... last² terjaga gak aku kul 5 pg... aku call.... dia pon jwb.. ckp kt aku.. dia dah bgn.. anak buah dia kejutkan... ermmm lepas dah 1 amanah... heheheeh...

then p keja cm biasa... then aku n dia sms laa... tetiba dia ckp nk p breakfast... aku pon memula xrase pape... pastu br aku teringt... bkn dia ni pose ke??? wakakakaaka...

aku pon tye... tau ape dia jwb.... pg td dah isap rokok.. terlupa... lupa bkn batal pon...... wakakakakkakaka... taktik.... alasan kena lebey... xmau kalah dia ni..... aku pon perli² wakakaka.. dah laa semangat aku p kejut kul 5 pg.... cehhhh...

Thursday, August 6, 2009

awal² bulan


bila tiba 1st week every month.. mmg bengang sket..

1st... nk kena siapkan monthly report.. beserta dengan
KOMEN and CADANGAN... yg aku xrase langsung nk bg ape² komen atau cadangan... akekkekekke sebenarnye nan ado idea....

2nd lak... ari ni khamis... so smlm u olss dgn gigih nye aku iron baju batik aku... yg mmg xpandai nk ilang kedutan nye... mungkin haruss aku letak collagen bg mengurangkan kedutan di baju... puas dah aku renjis² di pilis dengan air paip.... kemudian air yg mengandungi softlan... masih tak berjaya.... sentap uollss... nasib baik aku masih mampu bersabar.. kalo x mau air sirap atau pon coke aku renjis ke baju... siap aku leh benti jap.. terasa pewot lapar.. aku tgk housemate aku dgn seleranya makan burger... gigih aku trun bwh p beli burger yang seharusnya di letak CHEESE bedebah tu... ai like.... smp jek umah.. tros aku makan dengan penuh kusyuk dan tawaduk.... lapo gilosss... sambil tgk cite THE GRUDGE yg x penah aku dpt paham.... cm ni laa lebey kurang burger nyer.. ahakss... yummy



kemudian br teringt kt baju yg blom abes iron tu... aku sambung laa balik.. smp aku fed up.... cettt.. kekdah nyeee time kt kafe... membe aku.. fahmi tegur...

weiii ko x iron bj ke??
ewah² sodap mulut ko... punye gigih aku gosok... tp aku pelik.. nape baju dia leh licin je... pakai iron arang agaknyee... xkira.. next month aku dry cleaning je.. CONFIRM!!! cehhh cm penting sgt jek..

Wednesday, August 5, 2009

PS I LOVE YOU


x tau nape.. tetiba arini,,,, mood jiwang menjelma... so aku nk cite ttg movie PS I LOVE YOU... aku rase korg sme dah tgk cite ni kan...?? so cm ne?? best x??? bg aku.. best sbb sentiasa wat aku tersenyum bila tgk every scene... then dgn scenery yg cantik di IRELAND... then movie really catch my eyes... aku bukan laaa pencinta filem2 romantik.. sbb aku lebih ske filem genre horror and comedy... tp aku tetap ske filem ni.... romantik woooo...

bg yg belum tgk... try laa tgk and nilai sendiri.. so aku cite laa serba sedikit ttg filem ni.... cite ni kisah ttg HOLLY and GERRY... married couple yg happy giler ngan life diorg... until gerry mati akibat barah otak.... so holly ni cm hilang arah... dia asingkan diri dr family... kawan2.. pada bday dia yg ke 30... tiba2 holly dpt cake... guess what.?? it's from GERRY... sblm mati.. gerry dah sediakan 10 perkara utk hilangkan kesedihan holly bagi menempuh idup as a balu... sbb what ever it is... life must goes on... setiap apa yg di beri oleh gerry tu kt akhir surat mesti ade PS I LOVE YOU.... wow.. best nyeee... punye laaa best ade laki cm tu... dia sediakan semua nya sblm mati... and part yg aku paling touching tu... bila holly keep on call gerry HP.. just utk dgr suara gerry dlm voicemail....

holly still syg kt hubby dia.. so dia cm x leh nk jalinkan hubungan dengan lelaki lain... so dia decide utk pg ke ireland.. sbb gerry tu irish.... then bjumpa dgn william.. pastu br holly tau william tu kwn lama gerry... msg2 yg ditinggalkan oleh gerry mmg byk dpt membantu holly dlm meneruskan kehidupan dia... romantik kan??? nk tau lelebih tgk laa sendiri.. pasti korg akan senyum smp telinga.... waaaaaaa


PS I LOVE YOU (utk yg berkenaan)

Tuesday, August 4, 2009

aku.. H1N1 dan.. kamu.. ya kamu...

to be honest... at first place... aku xlaaa risau pasal H1N1... sbb aku rasa cm msia ni just kena kesan sampingan jek... tp skrg ni ramai lak yg dah jadi korban H1N1... yg terbaru... kanak²... ermm kesian.. br nk kenal dunia.. ajal dah menjemput...

ari sabtu... aku p puduraya.. and aku terkejut gak.. pandang kiri.. pandang kanan.. sme org bertopeng... adesss.. sanggup ke aku pon cm tu??? tah.... maybe not... tp sanggup ke aku mati cm tu??? of course laa xnk.. x dramatik.... hhuhuhuhhu

isnin pg.. smp je ofis.. sme org kecoh ttg ade staff telah dijangkiti H1N1.... aku mula risau... dlm ati.. syok gak dpt cuti seminggu kan????.... bila aku balik rumah... aku semacam lesu... x berdaya... smp aku tido dr 9 mlm until pg.... lemau jekkk

pg td... aku pg keje nek monorel.... tetiba ada sorg pakcik tu duk sblh aku... dia bersih².. pastu batuk² yg bagi aku.. aGak kronik.... x berhenti... so sebagai seorg yg berperikemanusiaan... xkan aku nk bangun dan lari dr pakcik tu... x elok d pandang org... so aku stay... until reach at bkt bintang station...

now... aku rasa tekak aku perit... idung aku cm tersumbat... aku x leh bernafas dgn lega... batuk pon ada gakk tp x laaa selalu..

OMG... aku mula risau......

Monday, August 3, 2009

warga tua........... to old to be like that

Warga tua teras masyarakat hidup lama
Penuh jasa setia pada negara
Didik anak dan cucu
Ke arah matlamat kita

Lama sudah kau hidup teruji
Penuh ranjau dan rintangan
untuk kemerdekaan
Kitalah pewarisnya
Di dalam negara bertuah

Korban jiwa untuk keluarga
Masyarakat dan juga nusa
Bagai obor dan pelita
Berkhidmat, berbakti, berjuang
Di mana jua berada

Wahai anak bunga bangsaku
Hargailah jasa ibumu
Patuhilah pesan ayah
Titah kasihnya di junjung
Di mana jua berada….


korg penah dengar lagu tu?? time hari WARGA TUA sure lagu tu femes... ahakss... so hayati lirik² lagu tersebut... then fokus ape aku nk cite... cehh cm lecturer lak...

ari sabtu.. mlm... kira2 jam 9... aku n b p ke midtown cafe.. kt jalan tun razak tu... p makan laa... lame gak lepak kt sane.. restoran tu.. ade open karaoke.. yg best nyer tu. yg karoke tu.. sme stok2 yg dah maghrib² ala² nk ke isyak umurnye... berebut² bila kaunter pendaftaran dibuka... tergelak aku dgn keadaan tersebut... so aku ngan b pon makan je laa.. sambil dgr hiburan yg x seberapa tu.. sbb sme syok sendiri...

ade gak kelibat lelaki muda kuar ngan pempuan tua.. cm tu gak sebaliknya.. gaya memasing daring nk mampos... dlm ati aku... diorg ni tgu mid night kot... nk p dangdut... wakakakkakakaka...

bila da setel sme... kitorg pon nk blah laa dr ctu.. dkt kul 11 dah time tu... cadangnye nk p uptown danau kota pastu... so berjalan laa kami kt parking keta... huhuh.. aku xde laa perasan pape... msk keta b kate...

org keta sblh tu... tgh beromen...
aku kate....
ye ke???
sambil menjengah dr dlm keta.. ermmm xnampk plak... sbb mmg gelap kawasan tu...

b kate...

ishhh geli..... org tua..... dedua dah tua...


aku pon terbayang.. and aku merasa sgt geli... yuckkk...

aku tye b lg...

diorg bogel ke???
wakakkakaa.. b kate...

x.. tp tengah bercium n meraba²...
perghhhh x padan dgn tua org tua ni...aku pon jenguk lg.. x nmpk pape...just kedua2 seat dpn dah pon direbahkan.. sah² ade org tgh beromen.. btl x???

aku ckp kt b... wat malu jek... kite yg muda pon x terpikir nk wat cm tu... sengkek sgt ke smp dlm keta pon jd nk lepas nafsu..

otw ke uptown.. smpt lg kami berborak pasal tu... aku wat spekulasi.. ermmm mesti salah sorg tu dah ade pasangan len.. ataupon masing2 mmg da ade pasangan... tp gatal nk men ngan yg lain.. ubah selera katanya... wakakakaka

cuba ko tgk lagu tu..... DIDIK ANAK DAN CUCU.... WTF?? layak ke nk mendidik kalo ko sendiri xreti nk didik diri sendiri.. ape nk jd dengan dunia..

org slalu pandang serong pada anak muda... bila blaku ape semua... bg aku tu normal.. bg anak muda.. darah muda.. sifat ingin tahu tu membuak2.. so kalo org tua pon cm tu...cm ne... ape pandangan org???

utk org² tua.... micheal jackson pon meninggal pada usia 51 tahun.. so untuk anda.. anda... anda... dan anda... xpayah laa cm tu.. better korg bykan ibadah.. dah lame sgt korg idup kt muka bumi Tuhan ni...

b kate... x mau lg p makan kt kedai tu... aku pon setuju... ahaksss...