Thursday, June 18, 2009

introduce... my big family...

aku try laaa guna wikipedia utk tgk salasilah family aku... ahakss... so aku search guna nama my uncle... and this is what i found....


Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin


Tan Sri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin (lahir 15 Mei 1947), merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO . Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Isi kandungan

Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).



Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.



Beliau kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini.



Beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Tan Sri Dato' juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing.



Selain itu, Tan Sri juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996).

Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf. TSM Charity telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan Golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Tan Sri Dato' Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.

Di dalam konteks sukan, Tan Sri Dato' Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity dengan kerjasama Kementerian Belia dan SUkan telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.

Keluarga

Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Mohammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor.Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah (ni Nenek Aku) dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

Allahyarham Hj. Muhammad Yassin dikatakan asalnya dari Siak mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau, Allahyarham Kintan.Allahyarham Muhammad Yassin pula mempunyai adik beradik iaitu bernama Muhammad Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu bapa saudara Muhyiddin di sebelah bapa adalah Md. Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Keluarga Allahyarham Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal se kampung di batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

Pada masa hayat, Allahyarham Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar seperti di Mesjid Jamek Muar, Mesjid Parit Jamil, Mesjid Seri Menanti, Mesjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Malah yang paling jauh tempat beliau mengajar ialah di Chohong Melaka iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar. Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengjaran ilmu Tasauf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama.

Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Men. Md. Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail Mohd. Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin Mohd. Yassin, Fatimah Mohd. Yassin dan Baharuddin Mohd. Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun-tahun 70an dulu.

Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa Arab. Antara murid Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Haujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor.

Anak Allahyarham, Baharuddin bin Mohd. Yassin yang kini bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di KDRM Johor Bahru pernah semasa usia kecil mengikut sama beliau pergi mengajar.

Adik beradik Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Aziz Mohd. Yassin (abang),Rohana Mohd Yassin (kakak) Sahid Mohd. Yassin (adik lelaki) dan Fatimah Mohd. Yassin (adik perempuan). Kakak Muhyiddin yang bernama Norani Mohd. Yassin dan Ismail Mohd. Yassin telah pun kembali ke rahmatulah.

Tan Sri Dato' Muhyiddin seperti biasa pada tiap-tiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari kedua atau hari raya ketiga di kediamannya di Tanjung Emas Muar. Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silatur rahim.

p/s baru aku tau yg Allahyarham datuk aku pernah ditawarkan jadi mufti Negeri Johor... and siak tu kt ne???? hhahahahha.. proud to have such a big family...

0 budak itam komen: